CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Greeting from me

About Me

My photo
I have been writing since the age of 12. I started blogging in middle of 2009. Attributes my balanced view of life to doting my parents, who sent me to Chinese Primary School in Selangor for my primary education before I joined Assunta School during my high school days. Now,Im a graduated student. Blogging is one of my part time.

I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?

My words

The way I get meaning into my life
is to devote myself to loving others,
devote myself to my community around me,
and devote myself to creating something
that gives me purpose and meaning..

Tuesday 7 June 2011

Akhirnya..!!

Langit semakin gelap. Angin yang bertiup juga semakin kencang. Di atas bumi Tuhan ada seorang gadis berumur belasan tahun sedang berjalan pantas ke arah yang dituju. Keringat di mukanya mengalir laju .

Saat itu juga kilat sedang sabung-menyabung diiringi dentuman guruh yang berterusan. Aisha takut. Langkahnya terus dipercepatkan.

Dia terkejut. Ada cahaya yang menyuluh dari belakang. Aisha menoleh dan..

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Pelbagai soalan diajukan namun tiada soalan yang dijawabnya. Amri mengalah. Dia mengambil keputusan untuk berdiam diri juga. Ada juga rasa geram apabila gadis di sebelahnya tidak melayannya.

Kereta mewah berwarna hitam itu terus meluncur laju apabila hujan sudah mula turun. Kelihatan burung-burung berterbangan pulang ke sarang.

"Jalan mana ni,dik?" tanya lelaki yang berbaju kemeja putih,kemas. Dia duduk di hadapan, di tempat duduk pemandu.

"Belok kiri, terus dan berhenti di rumah berpagar putih," jawab gadis itu yang kemudiannya kembali membisu.

Amri juga terus senyap tanpa berkata-kata lagi. Dia menjeling Aisha. Comel gadis itu.
'Come, tapi sombong!' desis hati Amri sambil memandang ke luar tingkap.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Puan Asma mundar-mandir di ruang tamu. Tidak henti-henti dia memandang jam di dinding. 7.45 malam. Wjahnya gelisah. Menantikan anak gadisnya yang masih belum pulang. Sudah lewat.

Dia kemudiannya ke dapur memadamkan api pada dapur masak apabila mendapati nasi yang ditanak tadi sudah masak. Selepas itu, dia mengangkat periuk nasi itu dan diletakkan di atas pengalas rotan yang ada di meja makan itu. Lauk-pauk semuanya sudah terhidang.

Dia terus menanti. 7.50 malam.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
"Sudah sampai."
"Terima kasih," Asha berkata kepada pemandu Amri.
"Sama-sama. Kalau hari-hari awak tumpang saya pun tidak mengapa," Amri membalas.

Asha hanya tersenyum dan terus masuk ke laman rumahnya, memberi salam.

"Waalaikummussalam, lambat balik?" tanya seorang wanita berusia lingkungan 50-an. Dia sedang berdiri di muka pintu.

"Lambat tadi. Hujan turun. Sya tumpang Amri."
"Mari masuk. Pergi mandi, takut kamu demam," Puan Asma tersenyum. Syukur anaknya telah pulang.

Hujan yang terus turun menjadi saksi apa yang sedang dilakukan ibu tunggal dan anak gadisnya di rumah teres setingkat itu.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Pagi itu bumi milik Tuhan terus menghijau walau sudah tercemar akibat penghuninya sendiri. Masih berkabus dan bunga-bungaan sedang kembang mekar. Embun belum lagi kering.

Seperti hari-hari biasa, Aisha menyandang beg sekolahnya dan keluar rumah seawal 7.00 pagi. Jalan raya di kampung itu tidaklah sesesak seperti bandaraya Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar dan jauh sekali New York. Semuanya dalam keadaan tenang dan majoriti penduduk di situ hanya bekerja sebagai petani atau peniaga. Tidak terkecuali Puan Asma yang membantu berniaga sayur-sayuran di pasar yang terletak di kawasan pekan.

Puan Asma akan memastikan Aisha ke sekolah terlebih dahulu sebelum dia ke pasar. Dia langsung tidak membiarkan anaknya bersarapan terlebih dahulu sebelum Aisha ke sekolah.

"Assalamualaikum, ibu," Aisha mencium tangan ibunya.
"Waalaikummussalam," Puan Asma melambai-lambaikan tangannya sambil memerhatikan Aisha yang terus berlalu pergi.

Hari ini satu lagi hari yang tidak menentu bagi Aisha. Aisha akan tetap ke sekolah walau dirinya selalu..


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Honda Accord keluaran terbaru itu berhenti di hadapan sekolah pada jam 7.10 pagi. Penumpangnya yang baru hendak keluar ternampak Aisha yang berjalan ke arah pagar. Dia cepat-cepat membuka pintu kereta itu dan berlari mendapatkan Aisha.

"Aisha!"
"Hah?" Aisha terkejut apabila Amri menjerit memanggil namanya.
"Aisha, petang ni baliklah dengan saya. Ya, ya ?"
"Tengoklah, selamat tinggal,"
"Eh, tunggu!" tidak sempat. Aisha sudah berjalan pergi ke arah barisan pelajar perempuan di belakang dataran itu. Perhimpunan pagi akan bermula.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
"Hei, kau!"
"Kau nak apa?"
"Kasi duit kat aku, kalau tak.."
"Kau ni. Aku tak ada duitlah," Aisha cuba memberanikan diri.
"Baik. Kalau tak ada duit, nanti lepak dengan aku. Kau tak takut mati?" ugut gadis bertudung singkat.
"Hm..," Aisha tidak berani melawan. Ada cerita yang Noni ada kumpulan sendiri.

Gangster? Mungkin. Sudah ramai yang melawan mereka telah dikerjakan mereka. Guru-guru juga ada yang mengetahui hal tersebut tetapi mereka tidak berani melaporkan kepada pihak polis. Takut. Sebenarnya, pengetua sekolah langsung tidak tahu hal ini!

Noni. Dia merupakan ahli kumpulan samseng sekolah. Kumpulan tersebut sudah mempunyai ramai pengikut. Mereka hisap rokok, vandalisme dan banyak lagilah! Memang terkutuk.

Mungkin mereka sekarang cuba mempengaruhi Aisha. Merosakkan Aisha.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Amri bagaikan tidak percaya. Aisha sasaran seterusnya. Cerita sebenarnya, dia telah mendengar perbualan Noni dan Aisha tadi. Waktu pulang nanti dia mesti cepat-cepat ajak Asha pulang. Mesti!

Walau dia tahu, kumpulan gangster itu amat bahaya! Dia perlu perlu bertawakal. Walau apa pun yang berlaku, suatu hari nanti dia akan melaporkannya pada polis.

Beraninya!

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Kawasan di hadapan SMK Lubuk Ilmu yang tadi kosong mulai penuh dengan bilangan pelajar yang baru keluar setelah loceng berdering jam 1.00 tengah hari tadi.

Aisha juga. Semalam dia pulang pada waktu petang kerana ada kerja yang dilakukan bersama gurunya. Hari nii apa pula yang hendak diberitahu pada ibunya kerana mungkin dia pulang lewat sedikit. Ada sesuatu.

"Hei, kau!" si gadis tudung singkat itu menjerit pada Aisha lagi kali ini.
"Tunggulah kau, bodoh!" jerit dia lagi apabila mendapati Aisha terus berjalan tanpa menghiraukannya.

Aisha terkejut, "Kau panggil aku?"
"Yalah. Kau apa fasal pekak sangat?"
"Jom!" sambung Noni.

Aisha hanya membuntuti Noni. Dia takut apa-apa akan terjadi padanya. Jika tidak menuruti kata-kata Noni, nahas dia nanti!

"Kau nak sebatang? Nah, aku dah nyalakan," hulur Noni sebatang benda yang mempunyai warna coklat dan putih serta sudah berasap-asap pada hujungnya.

"Ambil sajalah! Jangan nak melawan," herdik Noni apabila mendapati Aisha hanya membatu.

"Aisha! Jom balik dengan saya," laung Amri dari tingkap keretanya. Kebetulan dia lalu di situ.

"Jangan layan dia. Kau hisaplah, aku dah kasi sebatang. Bukannya murah," bisik Noni sambil syaitan-syaitan terus bertepuk keriangan.

Amri ternampak sesuatu. Asap rokok. Dia kemudiannya memberitahu pemandunya, "Jalan, Pak Wan," kereta mewah itu terus bergerak meninggalkan Noni dan Aisha yang sudah menitiskan air mata.

Selang sesaat datang pula dua orang pelajar lelaki tingkatan lima di tempat Aisha dan Noni berdiri. Mereka bermotosikal. Semua mata tertumpu pada mereka. Kenderaan-kenderaan terus bergerak melintasi kawasan itu.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Hari demi hari. Masa demi masa. Waktu demi waktu. Amri masih tidak percaya tapi sekarang, ya. Aisha telah banyak berubah. Tegurannya sudah tidak dilayan lagi. Aisha, Aisha.

Amri semakin membenci Aisha. Tidak tahu mengapa. Ini adalah kerana perubahan pada sikap Aisha.

Tiba pada suatu hari dia terbaca sebuah sajak di sebuah blog ketika dia sedang melayari internet dan melayan Facebook. Di bawah sajak itu ada sebuah cerita ringkas. Ia kisah tentang seseorang yang difitnah melakukan jenayah terkutuk dan akhirnya sesuatu keajaiban yang terjadi. Si pemfitnah bermimpi tentang mangsa fitnahnya yang dia telah didatangi dua pemuda berpakaian putih. Dua pemuda itu kemudiannya menyatakan kebenaran dan akhirnya dia meneydari kesilapannya lantas dia memohon maaf dan mendapati mangsa fitnahnya itu sebenarnya telah diperguna. Dia sesal.

Amri terus membaca sajak itu dengan hati yang masih ragu.

" Ada prasangka baik...
Ada prasangka buruk...
Orang beribadah disangka riak...
Orang rileks disangka pemalas...
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk..
Orang yang pakai baju buruk disangka miskin...
Orang yang makan banyak disangka pelahap...
Orang yang makan sikit disangka berdiet..
Orang baik disangka buruk...
Orang buruk disangka baik...
Orang senyum disangka mengejek..
Orang masam disangka merajuk...
Orang berbincang disangka mengumpat...
Orang diam disangka menyendiri..
Orang menawan disangka pakai susuk...
Orang nampak ceria disangka membela..

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH..
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah...
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosanya..
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya...
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya..

Jauhi sikap berprasangka kerana sikap itu bakal...
Memusnahkan persaudaraan...
bagai, musuhnya kayu dimakan api...

Keikhlasan itu tidak perlu dipamerkan melalui tingkah laku tetapi ia boleh dirasai
Dengan sendirinya kerana manusia tidak boleh berpura-pura untuk bersimpati...

Manusia juga sering menokok tambah cerita. Kadangkala perbuatan itu tidak
disengajakan tetapi sudah menjadi lumrah, kepuasan lebih terasa apabila cerita asal
berubah nada...
Bak kata perpatah " yang sejari menjdai sejengkal, yang sehasta menjadi sedepa.. "


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Hari Sabtu. Aisha tiada di rumah. Mungkin dia mengikut Noni. Amri mengambil kesempatan itu untuk ke rumah Aisha, berjumpa dengan ibunya, Puan Asma. Sesuatu akan dibongkar.

Puan Asma terkejut dengan apa yang diceritakan Amri. Kemudian, Amri dan Puan Asma cepat-cepat ke balai polis.

Waktu itu Aisha sedang bergembira dengan Noni, secara terpaksa.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
SMK Lubuk Ilmu kembali aman. Akhirnya, semua sudah terbukti. Guru-guru di sekolah itu sebenarnya telah dirasuah. Gangster itulah yang merasuah mereka. Ibu bapa gangster-gangster itu pula tauke dadah. Jadi, dari situlah mereka memperoleh wang untuk merasuah. Oleh itu, guru-guru yang dirasuah tadi telah ditutup mulut mereka daripada jenayah itu terbongkar.

Penyelesainnya, geng-geng samseng itu telah ditangkap. Itu pun setelah disiasat, guru-guru yang menerima rasuah itu jgua ditangkap. Ya, ibu bapa pelajar-pelajar yang berlagak samseng juga ditangkap. Semua yang bersalah telah ditangkap. Sekarang, SMK Lubuk Ilmu menghadapi masalah kekurangan guru. Pengetuanya, Tuan Haji Mokhtar semakin pening dan hampir pengsan.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Aisha dan Puan Asma tersenyum. Mereka berpeluk. Rupa-rupanya Aisha telah lama diganggu oleh geng samseng itu. Amri tidak tahu. Dia ingatkan Aisha sudah terjebak. Rupa-rupanya Aisha takut. Amri minta maaf, "Maafkan saya, ya".

Amri dimaafkan. Amri sedar kesilapannya mentafsir. Dia tiada kuasa psikik. Kesian.

Pengajaran di sini, jangan suka mengadili orang lain. Dan juga, jangan merasuah dan jangan menerima rasuah.



p/s : Maaf jika kisah tak menarik. Tangan saya yang menulis. Suak hatilah. Komen !

Ditulis oleh :
Lil Khair


Sajak oleh:
Penulis PSMRC

No comments: