CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Greeting from me

About Me

My photo
I have been writing since the age of 12. I started blogging in middle of 2009. Attributes my balanced view of life to doting my parents, who sent me to Chinese Primary School in Selangor for my primary education before I joined Assunta School during my high school days. Now,Im a graduated student. Blogging is one of my part time.

I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?

My words

The way I get meaning into my life
is to devote myself to loving others,
devote myself to my community around me,
and devote myself to creating something
that gives me purpose and meaning..

Sunday 25 December 2011

Apologize

Peace upon to all..

I would like to apologize to all. Recently, i quite busy. So, I don't have much time to update my blog.
Insya-Allah, next entry i would write bout my new friends..

See you till the next entry..

Maasalamah..

Thursday 15 December 2011

Dedication to you


Peace upon to all...
It’s had been a long time, I hadn’t update this blog.
This entry is special to all...


Vacate is the word,
Vengeance has no place,
He swears to her.
Cannot find the comfort in this world.

Come as you are,
As you were,
As I want you to be,
As a friend, as an old enemy
Take your time,
Hurry time up,
The choice is yours,
Don’t be fate.
Take a rest as a friend as an old memories.

You’re the only one
Who can’t forgive yourself, oh?
Makes much more sense
To live in the present tense
Have you ideas on how this life end?
Checked your hands and studied the lines
Have you the belief
Ascends off into the light?
Seems that needlessly
It’s getting harder.  

Friday 9 December 2011

Muhasabah diri...


Perjuangan agama kepada Yang Esa, 
Kuasa dianugerahkan kepada keberkatanNYA, 
Andai kita tidak berkuasa,
Syukur terlepas darinya BALA.

Dunia sudah dikuasai Yahudi, 
Nafsu & kemewahan menjadi mimpi. 
Mecari dunia tak henti-henti,
Tertinggal jua pesannya Nabi.

Bila disebut namaNya ALLAH,
Iman sempurna bergetar gundah. 
Menilik diri tidak sudah-sudah, 
Merenung hati takutkan ALLAH. 

Agama bermula dengannya fikir. 
Zikir disulan terasa indah. 
Bersedekah diri tidaklah kikir, 
melangkah diri kepada ALLAH. 

Andai diri untukNya ALLAH, 
Seluruh kehidupan tidaklah gundah.
Mengabdi diri tidak sudah-sudah, 
Memasti hidup berdoa & berserah.

Al-Quran ditatapi setiap hari, 
Kerana ia penenang hati. 
Jelas is mukjizat Nabi,
Panduan Ummat hingganya kini.

Solat fardu wajib dilaksana, 
Solat sunat pengias pula.
Tasbih pagi & petangnya kita, 
Didinihari berzikir tenteram jiwa. 

Bila dunia di tangan kita, 
Iman di hati tetapkan ia.
Berbakti diri kepada yang Esa, 
Amanat Nabi terus dilaksana. 

Iman, Islam Amal & Bakti, 
Perlu ia selalu di hati.
Penabdian diri kepada Illahi, 
Jalan berkelana mentadbir diri. 



Friendship & Ukhuwah


Redzho, Alim dan Zabir. 
Mereka ini pelajar St.John Institution. 
Saya teringat pada mereka. Saat mereka datang ke rumah terbuka saya 2011. Ketika itu, baru saya mengenali Redzho dan Zabir. Gambar ini sesuai dengan mereka. Maksud saya, bukan saya samakan mereka dengan binatang tetapi sifat yang ditunjukkan dalam gambar tersebut. Selami maksud tersirat disebalik gambar tersebut. 

Akrab dan mesra, itu perkataan yang dapat saya ungkapkan disini. 
Alim, Redzho dan Zabir, semoga ikatan persahabatan dan ukhuwah kalian kekal bersimpul padu hingga akhir. Insya-Allah.. Amin.. 

Thursday 8 December 2011

Kecewa


Malam ini ku rasakan teramat dingin.
Sejuk dilambai semilir angin cinta yang membuai hati dan perasaanku.
Sahabat, sungguh indah memori kita bersama sepanjang perjalanan kita bersama meniti hari-hari bergelar pelajar. Penuh cabaran namun tentu menggembirakan hati kita. 
Entah coretanku menggambarkan perasaan yang ku ada sekarang. 
Seandainya engkau mengerti apa yang ku mahukan dan apa yang diniatkan di hatiku. Dengarlah luahan hatiku...
Ku ingin menjelaskan kepadamu akan sesuatu tetapi... engkau tidak memberiku peluang untuk berbicara. 
Ku faham perasaanmu, akan tetapi adakah engkau fahami perasaanku ?  

Ya Allah, 
Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Melihat. 
Sesungguhnya hanya pada-Mu ku bermohon.. 
Hilangkanlah rasa sayang dan suka sahabat ku kepada diriku. 
Ku tidak mahu dia berada dalam keadaan berdosa kerana meluahkan perasaannya yang belum tentu arah tujunya. 
Ku insan yang lemah, berikanlah petunjuk-Mu agar ku tabah mengharungi semua ini. 
Maafkan diriku, Ya Allah kerana ku telah melukai hatinya. 
Sesungguhnya ada sebab mengapa ku melakui semuanya.. 
Ya Allah, bukakanlah pintu hatinya agar dia mendengar apa yang ingin ku katakan dan fahami isi hatiku... 
Hari ini ku sungguh kecewa dengan sifat sahabatku... 
Engkau ampunkanlah khilaf dan salah sahabatku. Sesungguhnya dia tidak sedar dengan apa yang dibicarakan.
Ampuni ku juga Ya Allah, kerana ku telah banyak berdosa dengan-Mu..

Amin Ya Rabbal Alamin.. 

Sekian, 
Salam ikhlas dariku, 

Friday 2 December 2011

Coretan terakhir buat Sahabat


Assalamualaikum semua... 

Hari ini 2 Disember 2011 bersamaan 6 Muharram 1433H (Selasa). 
Tercatat sudah sejarah yang tidak pernah penulis lakukan sebelum ini. 
Entri kali ini khas ditujukan kepada seorang sahabat sejati penulis. 

Ku biar kalam berbicara, mengurai maksud di jiwaku. 
Ku biarkan pena menulis, meluahkan hasrat di hati. 
Semoga terubat segala keresahan di hati... 

Sahabat, 
Tidak pernah ku ingini. 
Ku telah sedaya untuk tidak melukai hatimu. 
Tetapi mungkin sudah suratan.. 
Ku pergi meninggalkan dirimu... 

Sahabat, 
Maafkan diriku jika ku telah melukaimu.. 
Redhalah apa yang terjadi, 
janganlah sesekali kau kesali.. 
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


Ya Allah, 
tunjukkan ku jalan agarku dapat menempuhi dugaan ini... 
tidakkan ku berdaya untuk menahan hibanya rasa... 
Ya Allah, 
sesungguhnya ku meninggalkannya untuk menyahut seruan-Mu. 
Ku ingin menjadi seorang Hamba-Mu yang taat pada perintah-Mu.
Ya Allah, 
ku bersyukur pada-Mu kerana telah memberikan petunjuk-Mu.
Terima Kasih, Ya Allah... 

Wahai sahabat, 
sesungguhnya berat bagiku untuk meninggalkanmu. Percayalah padaku bahawa kita akan bersua lagi. Insya-Allah jika dengan izin-Nya. Mungkinkah kita terlupa bahawa tuhan ada janjinya? Bertemu dan berpisah ada rahmatnya dan kasih-Nya... Ingatlah, kemesraan yang terjalin di antara kita.

Wahai sahabat,
Sabarlah dengan dugaan yang meremcam jiwa. Tabahlah segalanya. Terima kasih kerana engkau menemaniku di kala resah. Hanya dirimu selama ini menjadi teman sejati. Ikatan persahabatan ini ikatan suci yang terjalin atas rahmatnya. 

Wahai sahabat,
Enkau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman pada pagi tadi. Kini, ku pergi jauh mengejar cita untuk menggapai redha yang Esa. Percayalah, walaupun jarak memisahkan kita, namun tiada noktah kasih. Biarlah waktu menentukan nilai ukhuwah kita yang terjalin. 

Wahai sahabat, 
teruskanlah perjuanganmu.. 
Dan ku akan terus mendaki puncak tertinggi hidupku untuk mencari keredhaan Ilahi. 
Teruslah menanti kepulangan ku.. Insya-Allah.. 


Harap kau mengerti, sahabat.. 
Jaga diri... 

Salam sayang dan rindu, 
A.S.A.S








Friday 25 November 2011

SETITIK DAKWAT DARI HUJUNG TINTA II

Assalamualaikum kepada semua pembaca,
Sekali lagi, coretan setitik dakwat dari hujung tinta buat semua.






Bila dihisab di akhirat nanti,
Mohon diri akan Rahmat Ilahi.
Bukan ibadat, amal & bakti,
Hanya berserah kepada Ilahi.


Tuntutlah ilmu sedaya upaya,
Sebaik-baik ilmu anugerah Ilahi.
Iman & Taqwa menenang jiwa,
Amanat Nabi jangan dilupai.
Nabi memikir akan ummatnya,
Doanya agar ummat selamat.
Di dunia beriman di akhirat selamat.
Ummatnya nabi memikul amanat.
Amanat itu perjuangan nabi,
Berdakwah Dia setiap hari.
Menangis pula didinihari,
Memohon Rahmat dari Ilahi.
Kasih ummat kepada Nabi,
Menyembung usaha menyemai bakti.
Memasti Islam disebar & dinaungi,
Rukuk & sujud kepada Ilahi.
Hebatnya Islam pada keimanan,
Bukan sekadar pada perjuangan.
Jangan tertipu akan syaitan,
Berjuang diri TANPA keIMANan.

Creative Inspiration from my uncle…

 

 

 

 

 

Sunday 20 November 2011

Setitik Dakwat dari Hujung Tinta Penulis.



Setitik dakwat dari hujung tinta penulis, 
Assalamualaikum...

Sudahnya hidup ke akhir hayat, 
segala amalan berbakti sudah, 
tak perlu risau tak perlu susah, 
keikhlasan diri dinilai Allah...

Keikhlasan hati itu adalah suatu amal kebajikan dilakukan hanya untuk mendapat keredaan Allah & jauh sekali untuk mendapat balasan dunia (makhluk) ... 

Bila kita mencari dunia, 
maka kehebtan diri akan dirasa.
Namun adakah hati tenang bila nafas dihela, 
tepuklah hati tepuklah dada?  

Tepuk hati tepuk dada, 
iman diri apakah terasa.
Andai ada yang tak kena, 
halakan diri mencari punca. 

Bila punca telah bersua, 
apa pula perasaan dirasa. 
apakah selamat diri terasa,
di akhirat dihisab oleh Yang Maha Esa...


* Fikirkanlah apa yang kita lakukan sebelum ini? 
Apa yang kita buat sebelum ini hanya untuk duniawi? 
Ataupun paksaan? Atau sekadar ingin memuaskan nafsu kita? Masya-ALLAH... 

Di mana letaknya keikhlasan kita? Ketika berkawan, ketika menolong orang, ketika menuntut ilmu? Dan yang paling penting, amal ibadat dan amal kebajikan kita.. 
Keikhlasan bukan boleh diukur melalui nilai wang ringgit mahupun timbangan. Ia dinilai oleh Allah.. Mungkin bagi kita, kita sudah cukup ikhlas. Tetapi Allah? 

Renung-renungkanlah..... 





Thursday 22 September 2011

MOTHER


It had been awhile I not update this blog…
Welcome to all blogger…
This time, my post in PDF format..
I don’t have much time to write here because the post longer than previous post.
So, you guys can upload and read it during free time…
The story is in Bahasa Melayu… Insya-ALLAH, i will my best to translate it into English Language later.. 


About The Post  
Warkah buat ibu


This post I wrote when i was in hospital and I took about a month to finished this post.
At beginning, it was very difficult for me to wrote but when I saw unpleasant accident at the hospital. Then, i try to manage to wrote it…

It is about my mum, a person who really cares about me till now… A person who is always awake at late night just want to accompany me, her sick child…


Every time when i need her, she always a side of me…
But now, i have grown into a man of understanding. I can feel what my mum feel about me…
I try my best to manage myself and when i’m sick, i never tell my mum because i’m afraid she worry about me…

Thank you, Mummy…
Enjoy it…




With lots of love,
Writer of PSMRC

Sunday 18 September 2011

Nota Buat Abah ...!!!



Abah...!!!

Itulah panggilan yang diberikan. Ketika kecil, abah dan emak merupakan orang yang paling rapat dengan saya. Abah dan emak juga adalah orang yang paling penting dalam kehidupan saya. Apa sahaja yang ingin saya lakukan pasti bergantung pada keizinan mereka.

Masih segar di ingatan saya... 
Jika dahulu, lirikan tajam mata abah misalnya sudah boleh membuatkan saya takut padanya. Kata-kata abah, "itu tak boleh" menjadi pegangan saya hingga dewasa bergelar remaja.

Ayah, abah, walid, papa, daddy dan apa jua panggilan yang diberikan merujuk lelaki yang bertanggungjawab dalam mengembang biak umat Nabi Muhammad ke atas muka bumi ini. Sungguhpun di dalam Islam, kedudukan ibu jauh lebih tinggi berbanding seorang bapa, namun hak sebagai seorang bapa juga perlu diakui oleh anak-anak. Perlu diingat bahawa tiada mereka bererti tiadalah kita di dunia ini...

Seorang lelaki bernama ayah sama juga seperti ibu, tidak pernah jemu melayan anak-anak. Seboleh-bolehnya jika si anak meminta apa sahaja pasti ayah akan berusaha untuk mendapatkannya. Itulah insan yang digelar abah... Dalam meniti usia senjanya, mungkin seorang ayah mempunyai banyak masa untuk mengenang kembali saat anak-anak membesar di tangannya. Dan kerana itulah, abah sering terbawa-bawa oleh perasaannya. Sama juga seperti ibu. Jadi, kita sebagai anak seharusnya janganlah melupai lelaki bernama abah itu. Budinya cukup banyak. Jasanya tertunggak.

Kini saya menuntut di sebuah institusi ilmu di Selangor.
Masa pantas berlalu pergi, adakalanya menyebabkan hubungan sedia ada kian menjadi dingin. Hambatan masa menyebabkan kehadiran seorang abah bagai dilupakan. Kesibukan tugas sehari-hari menjarakkan lagi rasa kasih dan sayang seorang ayah terhadap anaknya, sedangkan rindu saya bagaikan sudah tidak dapat ditahan-tahan. Hati saya terdetik, "Kepada siapa saya hendak mengadu selain daripada ibu?"

Abah, kalau abah terbaca nota ini. Saya harap abah akan lebih memahami, dan selalu bersama saya... Hati saya terluka, abah... Ingin saja saya meninggalkan bandar metropolitan ini dan pergi membawa diri mencari ketenangan... Maafkan saya, Abah... 

Salam Sayang, 
Anak Abah... 

Saturday 17 September 2011

HIDUP IBARAT SEORANG PERANTAU..

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu - Kubur dan Akhirat. Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.


Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.


Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.


Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain cotton putih.


Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana.


Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.


Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi ''Lailaillah'


Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.


Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.


Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-con dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.


Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.


Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh. Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.


Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya per*****a, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan


Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan


Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.


Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.


Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.


Ya! Berita Baik!!


Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa ''amaran''. *****a perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
SUDAH KAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI????"

Sunday 28 August 2011

TINTA RAMADHAN 1432H

Assalamu’alaikum w.b.t…



PSMRC 2011





Hari ini sudah melangkah 29 Ramadhan 1432H…
Bersyukur kepada ILLAHI kerana tanpa-Nya, ku mungkin tidak dapat melaksanakan ibadah puasa Ramadhan bagi tahun ini (1432H)… Syukur! Sepanjang 28 hari sebelum ini, ku dapat menyempurnakan ibadah puasa ku dengan sempurna tanpa ada apa-apa yang menghalang ku dari berpuasa.



Bagi orang mukmin, dia senatiasa berharap, berazam, bercita-cita dan berusaha agar hari ini akan lebih baik dari semalam dan esok akan lebih baik berbanding hari ini. Maka seluruh aspek kehidupan sentiasa ada peningkatan, terutama dalam soal-soal ibadah khusus. Kerana bagiku, ibadah khusus seperti sembahyang,puasa, wirid,zikir, doa dan lain-lain, berperanan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.



Ku dapati bahawa orang mukmin yang hidupnya sentiasa melaksanakan perintah Allah S.W.T, sangat mengharapkan bantuan, bimbingan dan pimpinan Allah S.W.T. Yakni bagiku, amat penting dalam membuat kerja0kerja yang diperintahkan oleh Allah S.W.T disertai oleh bantuan Allah S.W.T. Bantuan Allah S.W.T berkait rapat dengan kedudukan hamba di sisi Allah S.W.T. Subaha-Allah… Benarlah kata orang, “Tidak akan berjaya, tiada nilai di sisi Allah S.W.T bagi mereka yang melupakanNYA”. Allah S.W.T tidak pandang, tidak tolong, tidak bantu orang yang jauh dari Allah S.W.T, lalai , leka dan lebih-lebih lagi kalau derhaka kepadanNYA. Masya-ALLAH…



Jadi, untuk terus mendapatkan pimpinan dan pembelaan dari Allah S.W.T, maka perlu hati sentiasa merintih, mengharap , memohon dan bergantung kepada Allah S.W.T. Kita sebagai Hamba-NYa perlu selalu muhasabah diri, mengkoreksi diri, membaiki diri dan memperbetulkan kesalahan diri. Ibadah pula, terutamanya sembahyang, bukan sahaja diperhalusi dari segi zahirnya bahkan dari sudut batinnya. Perlu hadirkan hati dengan rasa takut, bimbang, rindu, cinta, harap, gementar, hina diri, rasa dilihat, rasa didengar, rasa dikuasai dengan penuh penumpuan dalam sembahyang. Satu waktu yang luput amat rugi andainya sembahyang itu sekadar gerakan fizikal dan kosong dari segi batiniahnya. Sembahnyang seumpama itu tidak akan membakar dan menghancurkan sifat-sifat keji. Mungkin sekadar sah dan memperolehi pahala sahaja.



Tidak terkecuali juga dengan ibadah puasa Ramadhan yang hanya datang setahun sekali. Andainya luput puasa sebulan Ramadhan itu tanpa sebarang natijah, adalah amat merugikan dan terpaksa menunggu pula kedatangan Ramadhan tahun depan. Itupun sekiranya direzekikan oleh Allah S.W.T lanjutan usia hingga bertemu Ramadhan akan datang. Oleh itu bagiku, kita sebagai umat Islam perlu sangat bersikap serius terhadap bulan istimewa ini. Dan keistimewaan bulan Ramadhan ini bukan pada waktu makan minum dan berhari raya. Akan tetapi ianya bersifat maknawiyah. Sebab itu disebut bulan penuh barakah (berkat). Bulan berkat ini tiada langsung kaitannya dengan keistimewaan yang bersifat lahiriah atau fizikal.




clip_image002



Walaupun agak terlewat, marilah kita sama-sama menghayati Ramadhan agar ianya benar-benar menepati kehendak AllahS.W.T dan RasulNya dan terhindar dari kehendak nafsu dan Syaitan…


“Orang yang seronok berpuasa, Ramadhan ditunggu dengan kegembiraan dan sedih apabila tamat. Orang yang berpuasa seronok, terseksa jiwanya kerana kedatangan Ramadhan dan merasa lega dan gembira apabila ianya tamat.” Subhan-Allah…




clip_image003



Marilah kita mengubah tarbiah kita yang selama ini tidak tahu hala tujunya seperti kapal yang berlayar di lautan tanpa hala tuju demi mencapai keredhaan-NYA… Demi Allah, Demi diri kita sendiri dan seterusnya Demi kehidupan kita samaada kehidupan sekarang (duniawi) mahupun kahidupan akhir kita (akhirat)… Insya-Allah…


Sekian sahaja coretan dari dirku…

Salam Aidilfitri buat semua pembaca, Maaf Zahir dan Batin…

Friday 26 August 2011

AIDILFITRI…


Assalamu’alaikum w.b.t...

Tergerak hati ku untuk menulis entri ini…
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirainya dan sesudah itu seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia ini akan menyambut 1 Syawal yang dijangkakan akan jatuh pada haris selasa (30 Ogos 2011). Hendakkan kepastian, ku kenalah tunggu pengumuman dari penyimpan mohor-mohor besar yang umumkan… Lagipun, ku tidak kisah bila raya tahun ini sebab ku akan focus untuk menelaah.. Tapi kata ummi, tindakan ku itu kurang bijak kerana ketika ini satu keluarga akan berkumpul dan ku sepatutnya mengambil peluang ini untuk memohon maaf dan berkat untuk ku menghadapi peperiksaan selepas cuti raya.

Baiklah, ku menulis entri ini bukan untuk bercakap tentang peperiksaan ku selepas cuti raya ini, tapi cuma ingin mengambil kesempatan yang ada untuk memberi ucapan raya buat anda semua sama ada anda mengenali ku ataupun tidak…

Satukan tangan,satukan hati
Itulah indahnya silaturahim
Di Hari kemenangan Kita padukan
Andai
Terselip khilaf dalam candaku,
Tergores luka dalam tawaku,
Terbelit pilu dalam tingkahku,
Tersinggung rasa dalam bicaraku.
Tangan diulur maaf dipinta,
Keikhlasan untuk saling memaafkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon Maaf Lahir Batin…

Andai ada diantara anda yang rasa atau pernah buat dosa pada ku, jangan kamu risau sebab awal-awal lagi ku sudah maafkan anda sekalian… Lagipun ku ini bukanlah jenis yang suka simpan dalam hati. Lebih-lebih lagu kalau ianya perkara remeh-temeh…

Alang-alang dah bagi ucapan raya ini, saya nak bagi peringatan sedikit terutamanya buat anda yang pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati semasa memandu (remind ur parents Open-mouthed smile ) agar muanya baik-baik saja. 

Ku harap semoga Aidilfitri ini diberkati oleh Allah,
dikurniakan amalan yang makbul,
disulami keceriaan dan kemeriahan yang diredhai oleh-Nya…
Semoga kita teguh insaf serta tidak lupa membantu dan mendoakan saudara-saudara Islam kita yang berduka dan menderita tidak kira di mana mereka berada…

Oklah, sampai sini sahaja entri khas raya ku untuk tahun ini sebab tulis panjang lebar pun belum tentu anda rajin nak baca kan? Tapi kalau rajin sangat nak membaca, apa salahnya… Silakan…

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin…










Wednesday 17 August 2011

Hidup Ini…

untuk hidup.. segala harus di lakukan…

untuk hidup.. kufikirkan apa yang terbaik…

untuk hidup.. aku mencuba untuk selalu sabar…

untuk hidup.. ku ingin ada orang yang boleh menjadi segalanya untukku…

untuk hidup.. ku cari kebahagiaan yang sulit untuk di dapat…

untuk hidup.. ku mencuba berubah apa yang ada…

untuk hidup.. ku tersenyum…

untuk hidup.. ku mengalah…

untuk hidup.. ku menutup diri…

untuk hidup.. ku menangis…

untuk hidup.. ku tertawa…

untuk hidup.. ku berjalan dan berlari…

kerana hidup ini membuat ku berfikir apa yang akan terjadi bila ku hanya berdiam diri…

Sunday 14 August 2011

SIFAT MALU?

Dulu, katanya malu itu sebahagian drpd iman,
Tapi..
Hari ini rasa malu semakin kurang dalam diri,..Kenapa?
Manusia malu untuk meminta maaf
Malu untuk bertegur sapa
Malu untuk berubah kepada lebih baik
Malu untuk nasihat menasihati
Malu untuk duduk di hadapan dlm mjlis ilmu
Malu digelar ustaz dan ustazah



Lagi memalukan bila...
Manusia malu bila baju dipakai tak ikut trend, walhal trend itu merosakkan akhlak
Malu bila tak tahu lagu hitz, tapi tak rasa kisah untuk baca dan tahu isi Al-Quran
Malu bila hidup tanpa status ‘couple’, tapi bangga dengan gelaran playboy dan playgirl
Malu bila gaji rendah, tapi tak malu bila buat kerja haram, mencuri, merompak
Malu bila kawan nasihat, tapi tak malu untuk buat maksiat
Malu untuk nasihat kawan, tapi tak malu untuk mengata,mengumpat, memfitnah
Malu bertanya untuk kebenaran, tapi tak malu untuk bercakap bohong
Malu untuk berbuat baik, tapi tak malu langsung untuk berlagak sombong
Malu untuk bersedekah, tapi tak malu untuk berjudi, bertaruh, membazir
Malu untuk mengaku salah, tapi tak malu untuk berbuat salah...
Tersangat malu~sampai sanggup buang ank haram dalam tong sampah, tapi tak malu dgn zina yg dilakukan




Wallahu ‘alam...semoga esok masih ada untuk kita berubah dan menjadi hambaNya yg lebih baik, lebih dan lebih baik..


Niat kerana Allah. Hidup dan mati kerana Allah.~ Cintailah Allah= semoga hati sentiasa tenang.
Without Allah, we are nothing...

Friday 5 August 2011

What are friends do..??

Oh I, never thought I'd feel this way
And as far as I'm concerned
I'm glad I've got a chance to to say
That I do believe I love you


And if I, I should ever go away
Well than close your eyes
and try to feel the way we do today
And then if you can't remember


Keep smiling
Keep shining
Knowing you can always count on me
for sure
That's what friends are for
For the good times
I'll be on your side forevermore
That's what friends are for
Yeah


And I, though you heard it all before
Well I'll tell you one more time
So I can be completely sure
So you know how much I love
And if I should ever go away
well then close your eyes and try
to feel the way we feel this day
and then if you can't remember


Keep smiling
Keep shining
Knowing you can always count on me
for sure
That's what friends are for
Oh in good times
and in bad times
I'll be on your side forevermore
That's what friends are for



The more we fall, the more we bounce!

Saturday 23 July 2011

PRECIOUS FRIEND…

Already 1:52 am , but I still can not sleep. Hopefully, this poem a guide and lessons for us all. Poetry is my gift to a friend, colleague and friend who would always be my side. . 
Not easy looking good friends.
It's not easy also want to become good friends.


Good friends never gossip behind her/his best friend.

Good friends never jealous of the success of her/his best friend.

On the other hand a good friend the most help his/her good friend for success.


Good friends never affects her/his best friend to make things that are bad and useless.

Good friends are people who are good friends always advise him/her to do good.


A good friend was the first to be sought when the time comes sadness or joy.


A good friend to the place where we express what can not be expressed on normal friends.



Good friends never forced her/his best friend to always side.
Good friends never forbade her/his best friend to be friends with good friends.


Good friends never jealous when her/his best friend had many good friends, because friends are good to know what is best for her best friend.



Good friends will always pray for prosperity and happiness of her/his best friend in the world and the hereafter in his prayer.

We are good friends if we understand that our good friend is not a perfect man.


We are not good friends if we do not appreciate our good friend, as good friends will always appreciate his good friend.


We are not good friends if we do not tell good things to our good friend, as good friends will always deliver the good to a good friend.



Good friends will extend these copies to his friends, not because you must, not because of pleasure, but to serve as guidelines by his friends to become a good friend to her best friend.



And if we want to get a good close friends, we must first become a good friend to our good friend.




And may we be good good friends!


We are friends right?


"We can not think of God. We do not know HIS plan for us. God shows the greatness HIS absolute power in the hands of just HIS. I believe that the relationships we build friendships, there comes from it, and is one blessing for us. God's Word means, "And whatever is in your favor, it comes from God."-Surah An-Nahl verse 53 -



May Our friendship that we built full of joy..





Difficult and easy together we overcome..





Lets creating memories together as we are still together ...