CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Greeting from me

About Me

My photo
I have been writing since the age of 12. I started blogging in middle of 2009. Attributes my balanced view of life to doting my parents, who sent me to Chinese Primary School in Selangor for my primary education before I joined Assunta School during my high school days. Now,Im a graduated student. Blogging is one of my part time.

I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?

My words

The way I get meaning into my life
is to devote myself to loving others,
devote myself to my community around me,
and devote myself to creating something
that gives me purpose and meaning..

Saturday, 17 September 2011

HIDUP IBARAT SEORANG PERANTAU..

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu - Kubur dan Akhirat. Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.


Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.


Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.


Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain cotton putih.


Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana.


Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.


Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi ''Lailaillah'


Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.


Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.


Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-con dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.


Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.


Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh. Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.


Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya per*****a, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan


Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan


Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.


Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.


Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.


Ya! Berita Baik!!


Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa ''amaran''. *****a perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
SUDAH KAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI????"

No comments: