Please let me wrote
this entry in Malay language.
Hari ini, ibu bawa
saya ke tasik. Katanya, sudah sekian lama saya tidak keluar
berjalan-berjalan.
Tasik antara sahabat baik sayadan ia juga ciptaan ALLAH. Apabila tibanya saya di tasik, saya hanya minta pada ibuku untuk meninggalkan saya bersendirian.
Bersendirian adalah perkataan yang paling suka. Kenapa?
Saya boleh duduk berfikir tentang ciptaan ALLAH dan entahlah. Perkataan bersendirian itu sudah sebati dalam kamus hidup saya sejak sakit saya bertambah kritikal. <--- Tak baik laaa..!!
Ya, saya tahu tidak baik.
Tapi saya rasa seronok dan lega bila bersendirian.
Ketika bersekolah, rakan-rakan kelas cuba sedaya upaya untuk buat saya senyum dan ketawa.
Tapi tidak... Adakalanya, saya senyum. Hanya semata-mata ingin gembirakan hati mereka. Thanks kawan-kawan.
Ketika berseorangan di sini,

fikiran saya melayang
pada suatu peristiwa yang amat sukar dilupakan.
Pada masa itu, saya di hospital sedang menerima rawatan.
Kebetulan, saya tersempak dengan dia yang enggan menerima rawatan yang sering dia lakukan.
Pada masa itu, saya di hospital sedang menerima rawatan.
Kebetulan, saya tersempak dengan dia yang enggan menerima rawatan yang sering dia lakukan.
Muka dia muram dan
tidak gembira.
Saya pun bertanya dan
dari situ, bermulalah perkenalan kami.
Tapi, persahabatan
kami tidak lama.
Dia dijemput oleh Sang
Pencipta - ALLAH S.W.T. Dia pergi meninggalkan saya dan orang-orang
yang dia sayang tanggal 5 Oktober 2011 yang lalu. Perit dan pilu hati saya
untuk menerima khabran tersebut.
Tidak menyangka dia
akan pergi, sedangkan dia seorang yang baik. Dia salah seorang insan yang
berjaya membuatkan saya gembira, ketawa dan lupa bahawa saya ini sakit.
Kata-kata dia masih segar di ingatan saya.
Kata-kata dia masih segar di ingatan saya.
Az, Min di KLIA dan
Min akan pergi Australia untuk menjalani pembedahan. Insya-ALLAH, Min akan
jumpa balik Az apabila semuanya selesai. Terkejut saya bila mendapat SMS dari
dia.
Pantasnya masa
berlalu. Tidak sangka itu SMS terakhir dari dia.
Namun, apakan daya
ALLAH lagi menyayangi dia. Pembedahan itu gagal.
Min atau nama penuhnya
Muhammad Azriel Azmin B. Muhammad Firdaus Abdullah. Seorang yang berjaya
membuat saya ketawa dan gembira sehingga saya lupa yang saya ini sakit. Tetapi
, kini itu semua sudah tiada dan saya akui saya rindukan saat2 bersama
dengannya.
Apapun yang terjadi,
saya kena berjalan tanpa henti.
Air mata saya yang tertahan
ini menunggu masa untuk dijatuhkan.
Semoga kepergianmu tak
akan merubah apapun.
Semoga mampu untuk
saya lawan kesepian saya.
--------- DIARY END ---------
With Love and
Peace,
Writer
No comments:
Post a Comment