Assalamualaikum blog.
Blog, sekarang jam menunjukkan 12.03 pagi. Sudah masuk 1 haribulan 1 tahun 2012.
Sekejap dan pantas masa berlalu. Aku keseorangan di sini. Sekarang tahun 2012, maka tidak lama lagi, genap sudah saya sakit selama 3 tahun. Sakit yang tidak dapat diungkap melalui kata-kata. Hanya saya yang dapat merasai kesakitannya. Orang lain mengatakan, " Eh, dia ni tidak ada pape pun. Nampak sihat saja."
Ya, saya nampak sihat. Tapi itu dari luaran. Hakikatnya, saya menanggung kesakitan yang teramat sangat. Tidak mengapalah, orang itu tidak berada di tempat saya. Saya maafkan mereka. Biarlah saya berseorangan yang menanggung. Tangisan saya setiap malam, mungkin akan berhenti jika sampai waktunya nanti.
Benarkah kata orang bahawa " Bagi mereka yang beriman, kematian merupakan penamat kepada segala ujian." Saya tidak mengatakan bahawa saya seorang yang beriman. Tidak sama sekali. Saya hanya manusia biasa yang bernafas dan tinggal di muka bumi ini.
Andai pengakhiran sakit saya ini adalah kematian, maka saya redha dan pasrah. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada insan-insan yang berada di sisi / di samping saya dalam mengharungi masa sukar pada tahun 2011. Hanya ALLAH sahaja yang boleh membalas jasa baik anda semua. Namun, selagi masa masih ada. Saya ingin membahagiakan orang yang telah mendewasakan/ membesarkan/ menjaga saya.
Tetapi, kenyataan yang sebenar. Saya jatuh tersungkur and tewas. Kini, apa yang perlu saya lakukan ialah mencari dan mengumpul kembali kekuatan saya. Saya harus bangun semula. Tapi mampukah saya?
Doakan saya...
Sekian, Maasalamah..
Wassalam..
Ikhlas: Penulis PSMRC.
Sunday, 1 January 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment