Assalamualaikum semua...
Hari ini 2 Disember 2011 bersamaan 6 Muharram 1433H (Selasa).
Tercatat sudah sejarah yang tidak pernah penulis lakukan sebelum ini.
Entri kali ini khas ditujukan kepada seorang sahabat sejati penulis.
Ku biar kalam berbicara, mengurai maksud di jiwaku.
Ku biarkan pena menulis, meluahkan hasrat di hati.
Semoga terubat segala keresahan di hati...
Sahabat,
Tidak pernah ku ingini.
Ku telah sedaya untuk tidak melukai hatimu.
Tetapi mungkin sudah suratan..
Ku pergi meninggalkan dirimu...
Sahabat,
Maafkan diriku jika ku telah melukaimu..
Redhalah apa yang terjadi,
janganlah sesekali kau kesali..
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
Ya Allah,
tunjukkan ku jalan agarku dapat menempuhi dugaan ini...
tidakkan ku berdaya untuk menahan hibanya rasa...
Ya Allah,
sesungguhnya ku meninggalkannya untuk menyahut seruan-Mu.
Ku ingin menjadi seorang Hamba-Mu yang taat pada perintah-Mu.
Ya Allah,
ku bersyukur pada-Mu kerana telah memberikan petunjuk-Mu.
Terima Kasih, Ya Allah...
Wahai sahabat,
sesungguhnya berat bagiku untuk meninggalkanmu. Percayalah padaku bahawa kita akan bersua lagi. Insya-Allah jika dengan izin-Nya. Mungkinkah kita terlupa bahawa tuhan ada janjinya? Bertemu dan berpisah ada rahmatnya dan kasih-Nya... Ingatlah, kemesraan yang terjalin di antara kita.
Wahai sahabat,
Sabarlah dengan dugaan yang meremcam jiwa. Tabahlah segalanya. Terima kasih kerana engkau menemaniku di kala resah. Hanya dirimu selama ini menjadi teman sejati. Ikatan persahabatan ini ikatan suci yang terjalin atas rahmatnya.
Wahai sahabat,
Enkau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman pada pagi tadi. Kini, ku pergi jauh mengejar cita untuk menggapai redha yang Esa. Percayalah, walaupun jarak memisahkan kita, namun tiada noktah kasih. Biarlah waktu menentukan nilai ukhuwah kita yang terjalin.
Wahai sahabat,
teruskanlah perjuanganmu..
Dan ku akan terus mendaki puncak tertinggi hidupku untuk mencari keredhaan Ilahi.
Teruslah menanti kepulangan ku.. Insya-Allah..
Harap kau mengerti, sahabat..
Jaga diri...
Salam sayang dan rindu,
A.S.A.S
No comments:
Post a Comment