Malam ini ku rasakan teramat dingin.
Sejuk dilambai semilir angin cinta yang membuai hati dan
perasaanku.
Sahabat, sungguh indah memori kita bersama sepanjang
perjalanan kita bersama meniti hari-hari bergelar pelajar. Penuh cabaran namun
tentu menggembirakan hati kita.
Entah coretanku menggambarkan perasaan yang
ku ada sekarang.
Seandainya engkau mengerti apa yang ku
mahukan dan apa yang diniatkan di hatiku. Dengarlah luahan hatiku...
Ku ingin menjelaskan kepadamu akan sesuatu
tetapi... engkau tidak memberiku peluang untuk berbicara.
Ku faham perasaanmu, akan tetapi adakah engkau fahami perasaanku ?
Ku faham perasaanmu, akan tetapi adakah engkau fahami perasaanku ?
Ya Allah,
Engkau Maha Mendengar Lagi Maha
Melihat.
Sesungguhnya hanya pada-Mu ku
bermohon..
Hilangkanlah rasa sayang dan suka sahabat ku kepada diriku.
Hilangkanlah rasa sayang dan suka sahabat ku kepada diriku.
Ku tidak mahu dia berada dalam keadaan
berdosa kerana meluahkan perasaannya yang belum tentu arah tujunya.
Ku insan yang lemah, berikanlah petunjuk-Mu
agar ku tabah mengharungi semua ini.
Maafkan diriku, Ya Allah kerana ku telah melukai hatinya.
Maafkan diriku, Ya Allah kerana ku telah melukai hatinya.
Sesungguhnya ada sebab mengapa ku melakui
semuanya..
Ya Allah, bukakanlah pintu hatinya agar dia
mendengar apa yang ingin ku katakan dan fahami isi hatiku...
Hari ini ku sungguh kecewa dengan sifat
sahabatku...
Engkau ampunkanlah khilaf dan salah
sahabatku. Sesungguhnya dia tidak sedar dengan apa yang dibicarakan.
Ampuni ku juga Ya Allah, kerana ku telah
banyak berdosa dengan-Mu..
Amin Ya Rabbal Alamin..
Sekian,
Salam ikhlas dariku,
No comments:
Post a Comment