Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.
Ya ALLAH...
Dengan kebesaran Ar-Rahman dan Ar-Rahim-MU, dengan rendah hati ku menagih keampunan dan rahmat –Mu. Kasihanilah ku, kedua ibu bapaku, keluarga ku, guru-guru ku dan sahabat seperjuangan ku. Terimalah segala amalan ku. Ku menyembah, memohon reda-MU.
Ya ALLAH...
Kurniakanlah ketenangan di hati ku sebagimana tenangnya Madinah dan Raudah. Janganlah KAU biarkan kedamaian Raudah berlalu kepada ku. Putarkanlah fikiran dan hati ku agar sentiasa jitu dan tidak bosan mengingati Baitullah sebagaimana malaikat tanpa jemu bertawaf di BaitulMakmur-MU. Berikanlah ku hati yang mencintai Kaabah-MU dan kerendahan jiwa yang mahu bersolat sehampir mungkin dengan Kaabah-MU.
Ya ALLAH...
Anugerahkanlah ku syafaat Rasul-MU. Bangkitlah diriku bersama para syuhada dan berikanlah ku laluan VVIP di titian sirat. Basahkan tekak ku di Yamul Akhirah dengan telaga Kauthar-MU. Berikanlah karpet merah hamparan indah untuk ku melangkah ke syurga-MU. Ku tidak mampu dan tidak berdaya untuk berhadapan dengan kemurkaan-MU.
Sesungguhnya...
Arafah telah membina diriku untuk menjadi insan yang sentiasa mengharap belas kasih-MU dan kebergantungan ku hanya untuk-MU. Hanya diri-MU Ya ALLAH... tempat ku berteduh daripada kepalsuan dunia yang melekakan ku...
Amin ya rabbal alamin...
Written by: Writer P.S.M.R.C
(07.07.2011 – 03.15 a.m.)
No comments:
Post a Comment