ALLAH dan Rasul mengajar kita untuk menfokuskan ke satu arah iaitu Kaabah di Masjidilharam. Berbillion umat Nabi Muhammad s.a.w menfokuskan fikiran, jiwa dan fizi
kal ke arah Kaabah semasa solat. Tumpuan kepada Kaabah berlaku tanpa henti mengikut ketentuan waktu, dari ufuk timur hinggalah ke ufuk barat, mengelilingi bumi.
“ Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk (menjadi tempat ibadat) manusia ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. Padanya terdapat tanda-tanda nyata (di antaranya) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap ALLAH, iaitu bagi yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.” – Surah ali-Imran:96-97)
Mekah dan Kaabah adalah pusat ibadat pertama yang diperintahkan ALLAH untuk dibina. Di kala cinta Kaabah memuncak, di kala itu jugalah Muhammad berdukacita akibat sindiran Yahudi. Maka ALLAH yang Maha Penyayang menurunkan ayat Quran dan mengizinkan cinta Kaabah direalisasikan.
ALLAH S.W.T berfirman :
|
Kita dilatih sejak kecil untuk mencintai Baitullah dan Kaabah. Tanpa disedari, kita dipujuk untuk berkongsi satu Kaabah dengan berbillion manusia. Cinta Baitullah dan cinta Kaabah menjemput hati untuk mengagungkan ALLAH, melutut memohon keampunan dan kasih saying-NYA serta meleria kebuntuan ranjau duniawi. Kehebatan Kaabah memaku emosi, membuka hat waima sekeras kerikil dan mencairkan hati dengan linangan air mata tanpa henti. Maka cinta Kaabah mampu menjadi bekalan yang tinggi nilainya.
Written by: Writer PSMRC
(06.07.2011- 5.32 p.m.)
No comments:
Post a Comment