CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Greeting from me

About Me

My photo
I have been writing since the age of 12. I started blogging in middle of 2009. Attributes my balanced view of life to doting my parents, who sent me to Chinese Primary School in Selangor for my primary education before I joined Assunta School during my high school days. Now,Im a graduated student. Blogging is one of my part time.

I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?

My words

The way I get meaning into my life
is to devote myself to loving others,
devote myself to my community around me,
and devote myself to creating something
that gives me purpose and meaning..

Friday 26 August 2011

AIDILFITRI…


Assalamu’alaikum w.b.t...

Tergerak hati ku untuk menulis entri ini…
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirainya dan sesudah itu seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia ini akan menyambut 1 Syawal yang dijangkakan akan jatuh pada haris selasa (30 Ogos 2011). Hendakkan kepastian, ku kenalah tunggu pengumuman dari penyimpan mohor-mohor besar yang umumkan… Lagipun, ku tidak kisah bila raya tahun ini sebab ku akan focus untuk menelaah.. Tapi kata ummi, tindakan ku itu kurang bijak kerana ketika ini satu keluarga akan berkumpul dan ku sepatutnya mengambil peluang ini untuk memohon maaf dan berkat untuk ku menghadapi peperiksaan selepas cuti raya.

Baiklah, ku menulis entri ini bukan untuk bercakap tentang peperiksaan ku selepas cuti raya ini, tapi cuma ingin mengambil kesempatan yang ada untuk memberi ucapan raya buat anda semua sama ada anda mengenali ku ataupun tidak…

Satukan tangan,satukan hati
Itulah indahnya silaturahim
Di Hari kemenangan Kita padukan
Andai
Terselip khilaf dalam candaku,
Tergores luka dalam tawaku,
Terbelit pilu dalam tingkahku,
Tersinggung rasa dalam bicaraku.
Tangan diulur maaf dipinta,
Keikhlasan untuk saling memaafkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon Maaf Lahir Batin…

Andai ada diantara anda yang rasa atau pernah buat dosa pada ku, jangan kamu risau sebab awal-awal lagi ku sudah maafkan anda sekalian… Lagipun ku ini bukanlah jenis yang suka simpan dalam hati. Lebih-lebih lagu kalau ianya perkara remeh-temeh…

Alang-alang dah bagi ucapan raya ini, saya nak bagi peringatan sedikit terutamanya buat anda yang pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati semasa memandu (remind ur parents Open-mouthed smile ) agar muanya baik-baik saja. 

Ku harap semoga Aidilfitri ini diberkati oleh Allah,
dikurniakan amalan yang makbul,
disulami keceriaan dan kemeriahan yang diredhai oleh-Nya…
Semoga kita teguh insaf serta tidak lupa membantu dan mendoakan saudara-saudara Islam kita yang berduka dan menderita tidak kira di mana mereka berada…

Oklah, sampai sini sahaja entri khas raya ku untuk tahun ini sebab tulis panjang lebar pun belum tentu anda rajin nak baca kan? Tapi kalau rajin sangat nak membaca, apa salahnya… Silakan…

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin…










No comments: